fbpx

MBSB Bank beri kerjasama kes pengeluaran wang di Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes pengeluaran haram di Kota Kinabalu secepat mungkin.

Menurut MBSB Bank, semakan dalam yang komprehensif telah dilakukan bagi membantu siasatan awal polis.

“Keutamaan kami ialah keselamatan dan kepercayaan pelanggan kami. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan.

“Kesemua wang yang dikeluarkan secara haram telah dibayar balik kepada pemilik akaun yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, insiden ini melibatkan sindiket yang bersekongkol dengan kakitangan tertentu.

Katanya, mereka yang terlibat telah ditahan polis dan didapati membuat pengeluaran wang secara haram melalui kad pengenalan palsu.

“MBSB Bank komited untuk mengekalkan integriti keselamatan perbankan untuk semua pelanggan kami.

“Kami juga akan terus bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan mereka yang terlibat menerima balasan setimpal.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang kakitangan bank ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta.

Seramai lapan individu termasuk pegawai bank direman polis bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI