fbpx

Rahsia tong biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kastam Sabah merampas 2,500 karton minuman keras dianggarkan bernilai lebih RM347,223 termasuk duti dan cukai pada 12 Jun lalu. -Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 2,500 karton minuman keras dianggarkan bernilai lebih RM347,223 termasuk duti dan cukai pada 12 Jun lalu.

Rampasan dilakukan kira-kira pukul 11 malam melibatkan sebuah lori rigid yang membawa 30 tong biru di Kilometer 1, Jalan Lama Papar-Penampang, Kampung Novuong, di sini, oleh pasukan serbuan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu.

Semua minuman keras berkenaan dipercayai dibawa dari Labuan untuk pasaran tempatan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori terbabit mendapati terdapat 2,500 karton minuman keras disusun di bawah tong biru disyaki cuba mengelak cukai dan duti.

“Seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga pemandu lori berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut. Menurut siasatan, semua minuman keras ini cuba disembunyikan di bawah tong biru berkenaan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati semua minuman keras yang tidak bercukai dipercayai diseludup masuk dari Labuan untuk dipasarkan di Kota Kinabalu,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nasir menyatakan jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dan minuman keras pelbagai jenama itu dianggarkan sebanyak RM451,223 termasuk duti serta cukai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI