fbpx

TER Puncak Janing ditutup dakwaan kes kencing tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TER Puncak Janing di Kuala Nerang ditutup susulan dakwaan individu dijangkiti kencing tikus selepas berkunjung ke kawasan itu. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Pusat rekreasi Taman Eko Rimba (TER) Puncak Janing, Padang Terap, dekat sini ditutup sementara bermula hari ini susulan dakwaan terdapat individu dijangkiti penyakit kencing tikus setelah mengunjungi kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Muhammad Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Pegawai Daerah Padang Terap setelah individu terbabit dikatakan mempunyai simptom penyakit berkenaan dan menerima rawatan di hospital.

“Kita mendapat maklumat ada individu yang bergejala dijangkiti kencing tikus dan sekarang Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap sedang melakukan pemantauan dan siasatan, kita tunggu pengesahan daripada mereka dahulu.

“Pejabat Kesihatan daerah juga diarahkan mengambil sampel air di kawasan berkenaan. Kita sudah tutup sementara waktu bagi mengelakkan pengunjung berkunjung sehingga keadaan pulih dan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad memberitahu, pihaknya turut meletakkan tali amaran agar orang ramai tidak memasuki kawasan itu.

“Kita harap penduduk kampung dan orang ramai menjauhi kawasan ini sehingga ia disahkan bebas daripada penyakit ini. Penutupan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

“Selain itu anggota jabatan ini turut ditempatkan di kawasan tersebut untuk memantau dan mengelak sebarang pencerobohan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI