fbpx

Dewan Rakyat: MCMC padam 308 kandungan lucah, 838 kandungan pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan 308 kandungan lucah dan 838 kandungan berunsur pelacuran di pelbagai platform media sosial sejak Januari hingga 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ia termasuk kandungan lucah dan kandungan berunsur pelacuran di platform X serta Telegram yang melanggar piawaian komuniti penyedia platform dan undang-undang.

“Bagi tempoh yang sama, MCMC juga telah melaksanakan tindakan sekatan ke atas 549 laman lucah dan 69 laman pelacuran.

“Bagi tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak tujuh kes masih di bawah siasatan MCMCmelibatkan kandungan lucah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) mengenai usaha kerajaan membanteras budaya “dark side” di media sosial dan tindakan terhadap pengendali akaun yang menawarkan aktiviti pelacuran dalam talian.

Nie Ching berkata, tindakan yang telah dilakukan tersebut akan diteruskan oleh MCMC dari semasa ke semasa berdasarkan pemantauan dan aduan yang diterima daripada pihak berkuasa dan orang awam.

Menurut beliau, sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial juga giat dijalankan bagi mengukuhkan komitmen dan kerjasama untuk memastikan keberkesanan inisiatif pemantauan dan pengawalan kandungan yang memudaratkan dalam platform media sosial.

“Dalam hal ini, Menteri Komunikasi akan mengadakan pertemuan dengan semua penyedia platform media sosial pada bulan Julai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI