fbpx

Putera Anwar dituduh merompak guna lawi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Anwar (kiri) semasa tiba dengan kenderaan polis untuk didakwa atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata berbahaya iaitu lawi ayam terhadap seorang lelaki kira-kira dua bulan lalu.

Tertuduh, Putera Anwar Aidil Mazlan, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan dengan menggunakan senjata berbahaya iaitu lawi ayam terhadap Muhammad Zhamaqsyary Mohd. Zalkiman, 24, dengan mengambil seutas jam tangan, dompet, telefon bimbit dan motosikal jenis Honda EX5.

Perbuatan itu dilakukan berdekatan kawasan tanah perkuburan di Kampung Pauh Lima, Gunong dekat Bachok kira-kira pukul 10 malam pada 8 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 397 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala Putera Anwar tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Edabayu tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Julai depan untuk prosiding jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI