fbpx

Kerusi 6 MP Bersatu sokong PMX masih kekal di blok pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu masih dikekalkan di blok E Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Kedudukan kerusi bagi enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal di blok pembangkang.

Kerusi mereka masih dikekalkan di bahagian belakang blok E sejak pertukaran dan perubahan tempat duduk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dikemas kini Parlimen pada sesi persidangan dewan Mac lalu.

Khamis lalu, Ketua Whip di Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.

Notis tersebut dikemukakan susulan keputusan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lalu mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan kosong luar jangka.

Ia selepas DUN pada 13 Jun menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Jumaat lalu, Anwar memaklumkan, menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memutuskan mengenai isu kerusi enam Ahli Parlimen BERSATU yang sudah diputuskan terhenti keahlian parti mereka serta-merta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI