fbpx

NRES kementerian pertama sertai Program Offset Karbon MAG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Laporan Kelestarian 2023 MAG di sini hari ini.- Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

SEPANG – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menjadi kementerian pertama menyertai Program Offset Karbon Korporat yang diperkenalkan oleh Malaysia Aviation Group (MAG).

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk mengimbangi pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam setiap perjalanan rasmi.

Jelasnya, pendekatan tersebut juga merupakan salah satu cara untuk menggalakkan kemampanan selain memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana bagi melakukan perkara serupa.

“Pada tahun lalu MAG telah menaja rombongan Malaysia ke COP28 (Persidangan Perubahan Iklim PBB) di Dubai untuk ‘offsetting’ dan kita memikirkan sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab bagi perubahan iklim serta dekarbonisasi negara, maka ia menjadi satu kerjasama dengan pihak MAG dalam usaha-usaha mengurangkan pelepasan karbon.

“Selain itu, kita juga akan bawa perkara ini ke Kabinet menerusi Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan. Secara realistik walaupun bukan semua kementerian boleh terlibat, tetapi kita harap beberapa daripadanya dapat menyokong usaha ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laporan Kelestarian 2023 MAG di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI