fbpx

Chegu Bard dibicara kes hasutan kasino Forest City pada 18 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEGU Bard (kanan) menunjukkan laporan berita berhubung kasino di Forest City yang masih belum diturunkan di laman portal berita antarabangsa ketika ditemui di Mahkamah Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret Sesyen hari ini menetapkan tarikh perbicaraan bagi Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard berhubung dakwaan bawah Akta Hasutan 1948 pada 18, 19, 20 dan 21 November depan.

Hakim Rasidah Roslee menetapkan tarikh itu semasa prosiding sebutan semula bagi menetapkan tarikh berhubung kes berkenaan, hari ini.

Chegu Bard, 45, berdepan satu pertuduhan membuat hantaran di media sosial mengenai projek kasino di Forest City sekaligus merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh yang mengendalikan prosiding itu turut memberitahu pihaknya akan memanggil tujuh orang saksi sepanjang perbicaraan kes tersebut.

“Saksi yang akan dipanggil termasuklah pengadu, pegawai tangkap, pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pegawai penyiasat kes,” ujarnya.

Kes turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal manakala Chegu Bard diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Sementara itu, Muhammad Rafique di luar mahkamah memberitahu, pihaknya masih menunggu tarikh sebutan Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur berhubung rayuan untuk menarik semula perintah ‘gag order’ yang dikenakan terhadap anak guamnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 27 Mei lalu, Chegu Bard yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat permohonan itu di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI