fbpx

Selagi janda saya tak kahwin, saya tak kahwin – Datuk Red

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Red masih berharap dapat bersatu kembali dengan dua bekas isterinya.

PETALING JAYA – Masih menaruh harapan, usahawan Datuk Red mengakui menunggu dua bekas isteri, Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi terbuka untuk menerimanya kembali.

Ujar Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, dia akan terus sabar menanti peluang sehingga kedua-dua wanita itu bertemu jodoh.

“Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin.

“Maknanya saya dalam mode ‘standby’, saya tunggu sahaja tawaran mereka.

“Tapi kalau mereka dah kahwin, nak buat apa lagi,” katanya dalam siaran langsung di TikTok.

Dalam sesi mempromosikan produk, bapa tunggal kepada 11 anak itu membalas pertanyaan pengikut mengenai hal jodoh selepas bercerai dengan kedua-dua isterinya.

Katanya lagi, tujuan untuk berkahwin semula bukan kerana nafsu, sebaliknya dia mahu mempunyai teman bagi menjalani hari tua.

“Saya fikir nak kahwin hanya untuk sakit pening ketika tua nanti.

“Takkan nak menyusahkan anak-anak saya, takkan nak menyusahkan adik-adik saya. Itu sahaja.

“Nafsu pun dah tiada, dah tua-tua ni,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, pengikut Datuk Red memberi kata-kata semangat agar dia dapat kembali menawan hati dua wanita yang pernah hadir dalam hidupnya itu.

“Saya doakan Allah satukan kembali, harap sangat demi anak-anak,” luah seorang netizen.

“Semoga Datuk Red bersama kembali dengan bekas isteri,” tulis pengikut laman sosial yang lain.

Rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun dengan Adira iaitu isteri keduanya berakhir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 23 April lalu.

Selepas 21 hari, Datuk Red  bercerai pula dengan isteri pertama, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Bersama Adira yang dinikahi di Songkhla, Thailand, mereka dikurniakan empat anak, manakala dengan Datin Red, tiga cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI