fbpx

Seorang selamat, sepupu hilang bot dipukul ombak di Pantai Acheh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maritim meneruskan operasi pencarian seorang lagi nelayan yang dilaporkan hilang di Pantai Acheh, Klang.

KLANG -Kegembiraan dua nelayan bersaudara keluar menangkap ikan berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka hilang selepas bot terbalik akibat dipukul ombak pada  kedudukan 1.8 batu nautika barat Pantai Acheh, Pulau Indah di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari susulan cuaca buruk dengan mangsa yang hilang ialah Mohd. Fazil Paijan, 36.

Sepupunya, Arnizam Ibrahim, 43, terpaksa berpaut pada bot selama dua jam sebelum diselamatkan bot lain pada pukul 3 petang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, siasatan mendapati dua nelayan itu pergi ke laut menggunakan bot gentian kaca pada pukul 8 pagi.

Katanya, ketika kejadian kedua-dua mangsa tidak memakai jaket keselamatan.

“Salah seorang mangsa sempat berpaut pada bot yang terbalik selaam dua jam sebelum diselamatkan bot milik pelabuhan berhampiran.

“Bot pelabuhan bertugas dalam urusan membawa masuk dan keluar kapal besar ke demarga pelabuhan berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, pihaknya yang menerima laporan berhubung kehilangan mangsa segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada pukul 5 petang semalam.

Ujarnya, operasi kemudiannya terpaksa ditangguhkan pukul 7.30 malam ekoran cuaca buruk serta keadaan gelap yang menyukarkan pencarian.

“Maritim Selangor membuka Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Marina Pulau Indah bagi menyelaraskan usaha operasi di sektor pencarian.

“Operasi diteruskan pukul 7 pagi tadi dengan lima aset pelbagai agensi seperti Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan sebuah pesawat PDRM AW 139 meliputi radius sektor pencarian 102 batu nautika persegi,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI