fbpx

Mekanik maut langgar paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mekanik maut selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar saluran paip lalu masuk ke dalam parit di Jalan Tuaran, Manggatal awal pagi semalam. -Foto JBPM

KOTA KINABALU – Seorang mekanik maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar saluran paip lalu masuk ke dalam parit di Jalan Tuaran, Manggatal semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, kereta jenis Perodua Kancil dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an berkenaan terbalik di dalam parit hingga mengakibatkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu Perodua Kancil terbabit bersama seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an dari arah Inanam menuju ke Manggatal.

“Bagaimanapun, kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebaik tiba di lokasi kemalangan.

“Kereta mangsa kemudiannya melanggar saluran paip sebelum masuk ke dalam parit konkrit.

“Mangsa tersepit dan telah dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI