fbpx

Ubah pangsapuri terbiar jadi pusat hiburan, tawar GRO ‘eksklusif’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu diperiksa dalam serbuan di sebuah pangsapuri terbiar yang diubah menjadi pusat hiburan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Sebuah pangsapuri terbiar yang dijadikan pusat hiburan dengan ‘menyajikan’ gadis pelayan pelanggan (GRO) digempur pihak berkuasa semalam.

Difahamkan, premis hiburan itu dipercayai beroperasi pada pukul 6 petang hingga 8 pagi dengan menawarkan khidmat GRO warga asing yang diuruskan seorang ‘mummy’ warga China.

Malah, hasil risikan turut mendapati premis hiburan itu dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV) di tingkat lima, enam, lapan, sembilan dan 17.

Bagi mengelakkan kegiatan tidak bermorak itu dihidu pihak berkuasa, hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk selain terdapat individu yang diupah menjaga pintu masuk dan lif.

Caj setiap bilik karaoke yang dikenakan adalah RM4,000 hingga RM8,000, selain itu GRO menawarkan khidmat teman berhibur dan seks dengan harga mencecah RM1,200.

Serbuan terhadap pangsapuri 18 tingkat itu dijalankan pada pukul 1 pagi oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi Op Bersepadu Noda.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan 36 individu selepas memeriksa 54 orang di lokasi berkenaan.

“Empat wanita warga asing masing-masing dua China, Thailand (1), Vietnam (1) disyaki GRO ditahan. Seorang wanita China berperanan sebagai ‘mummy’ dan pembantu pengurus premis turut diberkas.

“Polis turut menahan 31 warga tempatan termasuk 10 wanita,” katanya hari ini.

Beliau berkata, bahan disyaki dadah dipercayai ketamin, ekstasi dan jus MDMA turut dijumpai di lokasi serbuan.

Tambahnya, premis itu merupakan sebuah pangsapuri yang diubah suai menjadi pusat hiburan dengan menjalankan aktiviti kararoke dan penginapan bagi warga asing yang bekerja sekitar kawasan tersebut.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI