fbpx

Lucu! Polis tak kenal Justin Timberlake

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN TIMBERLAKE

INSIDEN penyanyi Justin Timberlake yang ditahan polis akibat memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini mengundang jenaka dalam kalangan peminat.

Masakan tidak, pegawai yang menahan Timberlake langsung tidak mengenali penyanyi berusia 43 tahun itu.

Menurut sumber, pada awal penahanan mereka tidak menyangka bahawa lelaki yang ditahan itu merupakan bintang terkenal era 1990-an.

“Polis itu tidak tahu siapa dia pada mulanya. Mereka bertanyakan tentang siri jelajah yang Timberlake rancang.

“Mereka fikir dia hanya lelaki biasa yang mengomel hal aneh ketika mabuk,” ujar sumber kepada Page Six.

Sebelum ini, Timberlake ditahan polis selepas gagal berhenti ketika melewati papan berhenti di dua lencongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI