fbpx

Gaun Dakota Johnson nyaris terlondeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAKOTA JOHNSON

PELAKON Dakota Johnson mempamerkan sikap profesional apabila kekal tenang meskipun gaun yang sedang dipakainya hampir tertanggal.

Kejadian berlaku ketika dia menjadi bintang undangan rancangan televisyen siaran langsung Jimmy Kimmel Live.

Ketika ditegur Jimmy Kimmel, Johnson dengan tenang memegang gaun dipakai sambil menceritakan tentang filem terbaharunya.

“Pakaian saya terjatuh. Baiklah, saya pegang saja,” katanya sambil memegang bahagian dada.

profesional bintang yang sedang popular menerusi naskhah Madame Web itu mudah sahaja mendapat pujian penonton.

Meskipun berdepan dengan masalah saat siaran langsung, hal itu bagaimanapun tidak menghalang fokus dan tujuan asalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI