fbpx

Haram dapat derma RM100,000, ambil komisen RM30,000 – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar berkata, kini ramai yang cuba kaut keuntungan mudah dengan berselindung di sebalik kutipan derma untuk masjid dan tahfiz.

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil komisen ke atas kutipan derma adalah perbuatan haram.

Ini kerana menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ketika ini ramai yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan berselindung di sebalik kutipan derma untuk masjid dan tahfiz, tetapi menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

Azhar berkata, individu yang menjalankan aktiviti mengutip derma itu hanya dibolehkan mengambil upah tidak lebih empat peratus daripada jumlah kutipan diterima sahaja.

“Hanya dua atau hingga empat peratus sahaja dibenarkan syarak. Ini tidak, dapat derma RM100,000 untuk pondok, ambil untuk kita sahaja RM30,000.

“30 peratus yang diambil itu bukan kos pengurusan dah, biar kita ikhlas untuk menolong. Biar kita guna duit sendiri dan duit sumbangan untuk perkhidmatan.

“Apabila lama-kelamaan kita (kita mengambil duit sumbangan), kita akan lupa asal tujuan perbuatan kita (bantu surau atau masjid),” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube rasmi penceramah tersebut.

Kosmo! mengambil video tersebut sebagai rujukan selepas baru-baru ini kecoh di laman sosial berkenaan dakwaan terdapat pihak NGO serta individu yang menggunakan wang derma untuk hidup senang.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, ramai ketika ini mudah lupa dan selesa menggunakan duit sumbangan orang ramai sehingga mampu menggajikan diri sendiri dan kakitangan dengan jumlah yang tinggi.

“Lama-lama jadi kaya macam tu ja (kaya hasil sumbangan orang ramai),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI