fbpx

PTPTN lancar Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil dengan memperkenalkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kempen tersebut bukan hanya menawarkan pelbagai manfaat kepada peminjam malah, dianjurkan berikutan kesukaran peminjam yang terjejas dan terkesan dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

Kempen yang akan berlangsung dari 1 Jun lalu sehingga 31 Julai ini antara lain dapat membantu me­ngurangkan dan mencapai sifar tunggakan dan dapat memperbaiki rekod kredit peminjam.

“Diharapkan melalui kempen yang ditawarkan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh peminjam PTPTN. Jangan lepaskan peluang untuk memastikan masa depan yang lebih cerah tanpa tunggakan.

“Komitmen peminjam yang membuat bayaran balik amatlah dihargai demi kelangsungan dana pinjaman pendidikan kepada anak-anak generasi akan datang, sekali gus memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.

 

Melalui pelbagai usaha dan pendekatan mesra yang dilaksanakan PTPTN, diharapkan para peminjam mengambil peluang untuk membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh kempen ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Norliza, semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen, sama ada pinjaman konvensional atau ujrah layak untuk menstruktur pinjaman.

“Peminjam yang mempunyai tunggakan perlu membuat bayaran tunggakan serendah RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman dan diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik.

“Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur,” katanya.

Selain penstrukturan, peminjam juga boleh membuat rundingan bayaran balik yang lain seperti pertukaran ujrah, penggabungan pinjaman dan penjadualan semasa tempoh kempen.

Boleh hubungi di careline PTPTN di 03-2193 3000, live Chat di portal PTPTN (www.ptptn.gov.my), E-Aduan PTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my/), Eksekutif Jualan PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn) ser­ta media sosial rasmi Perbadanan Ta­bung Pendidikan Tinggi Nasional Per­badanan Tabung .

Orang ramai boleh ber­tanya tentang kem­pen dan rundingan bayaran balik sama ada pertukaran ujrah, peng­gabungan, pen­jadualan atau penstrukturan semula pinjaman. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI