fbpx

Sarawak setuju anjur bersama Sukan SEA 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari melakukan simbolik perasmian Program Larian Baton Sukma dan Para Sukma XXI Bahagian Kuching di Tebingan Kuching, hari ini.

KUCHING – Sarawak bersetuju menjadi tuan rumah bersama bagi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2027, dengan syarat majlis perasmian temasya itu diadakan di Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain itu beberapa acara juga perlu dipertandingkan di Sarawak.

“Kita sedia menyumbang separuh daripada jumlah RM750 juta bajet untuk Sukan SEA 2027 manakala Kerajaan Persekutuan mengeluarkan separuh lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Larian Baton Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma XXI Bahagian Kuching di Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Abang Johari berkata perbincangan lanjut mengenai perkara itu akan diadakan antara Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh, khususnya dalam menentukan acara sukan yang akan dipertandingkan di Sarawak dan Putrajaya.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan secara tidak rasmi mengenai kerjasama dalam penganjuran Sukan SEA 2027 itu semasa menandatangani Perjanjian Pelabuhan Bintulu di Kuala Lumpur.

Justeru, katanya kesediaan Sarawak untuk terlibat dalam penganjuran sukan itu antara lain adalah demi pembangunan bakat sukan khususnya di Sarawak.

“Saya kata saya akan bincang dahulu tetapi saya rasa kita boleh menjadi tuan rumah bersama kerana ia memang agenda kita dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19- pembangunan bakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI