fbpx

Maut bertembung pikap Isuzu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dalam kemalangan di Bukit Barasanon, Jalan Keningau-Sook malam tadi. Foto IHSAN BOMBA.

KENINGAU – Seorang lelaki Indonesia berusia lingkungan 20-an maut apabila motosikal jenis Honda RSX 150 ditunggangnya bertembung dengan sebuah pikap Isuzu Trooper di Bukit Barasanon, Jalan Keningau-Sook malam tadi.

Kejadian pukul 11.40 malam itu turut mengakibatkan pembonceng motosikal parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan terbabit 10 minit kemudian sebelum sepasukan bomba digerakkan ke tempat kejadian.

“Seramai empat mangsa berusia 30 hingga 40 tahun terdapat di dalam pikap tersebut, namun semua hanya mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS.

“Penunggang motosikal pula disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Sharudy pembonceng berusia 21 tahun dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut sebelum menamatkan operasi pada pukul 1.33 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI