fbpx

Pelanggan Apple jual semula ‘tote bag’ percuma RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tote bag percuma dari Apple kini mencecah harga RM1,000

 

PETALING JAYA – Pembukaan kedai fizikal Apple yang pertama di Malaysia, Apple The Exchange TRX hari ini menerima sambutan luar biasa rakyat Malaysia.

Bagi pelanggan terawal berjaya memasuki kedai fazikal tersebut ternyata mendapat `durian runtuh’ apabila dihadiahkan sebuah beg jinjing istimewa daripada Apple.

Bagaimanapun, segelintir individu yang mula beratur di pusat beli-belah, The Exchange TRX sejak malam Jumaat demi menghadiri pembukaan kedai fizikal itu bertindak menjual semula beg saguhati berkenaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati beg tersebut dijual balik pada harga mencecah RM1,000 di platform jualan Marketplace di Facebook.

Menerusi aplikasi jualan Carousell pula, rata-rata penerima beg jinjing percuma itu cuba menjualnya semula pada harga RM200 hingga RM500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI