fbpx

116 pekerja Panasonic Shah Alam positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd. (Panasonic) mengesahkan seramai 116 pekerja di kedua-dua kilangnya di Shah Alam dijangkiti Covid-19 dalam ujian saringan baru-baru ini.

Panasonic dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah melaksanakan ujian saringan terhadap semua 2,137 pekerja dan hanya 116 disahkan positif wabak tersebut.

“Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menasihatkan Panasonic untuk menghentikan operasi sementara waktu sehingga satu tarikh ditetapkan.

“Susulan nasihat itu, Panasonic memutuskan untuk menutup fasiliti bermula hari ini hingga Rabu bagi membolehkan kerja-kerja pembasmian kuman dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia hari ini.

Tambahnya, keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta komuniti adalah keutamaan mereka dalam mengawal keadaan tersebut.

“Kami telah dan akan terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Covid-19 secara ketat.

“Ketika ini, semua kerja-kerja pembasmian di premis dan tempat tinggal pekerja dilakukan secara berkala,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI