fbpx

Ayah sakit, pasangan berkahwin di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin baharu melakukan akad nikah di sebuah hospital. - Instagram @lakone.official

JAKARTA – Tindakan sepasang pengantin baharu yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka di sebuah hospital mengundang perhatian netizen, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lakone.official, pasangan yang mengenakan pakaian tradisional Jawa berwarna putih itu dilihat berada di sebuah bilik pesakit.

Lebih mengejutkan apabila pesakit itu merupakan ayah kepada salah seorang pengantin yang sedang terlantar dan tidak sedarkan diri.  

Biarpun tidak mewah, pasangan tersebut nekad untuk melakukan akad nikah di hadapan warga emas itu.

Tindakan pasangan pengantin ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Kami sangat sedih dengan keadaan ayah pengantin. Semoga dia segera sihat agar dapat berkumpul bersama-sama seperti sedia kala,” kata seorang pengguna laman sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI