fbpx

Syarikat tempatan diberikan keutamaan jadi operator Pelabuhan Pulau Carey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Kerajaan akan memberikan keutamaan kepada syarikat tempatan menjadi operator kepada pelabuhan antarabangsa ketiga di Pulau Carey dekat sini.

Menteri Pengangkutan , Anthony Loke Siew Fook berkata, ini adalah selaras dasar kerajaan terhadap aset-aset strategik dengan pemegang sahamnya dikuasai syarikat tempatan.

“Memang banyak kertas cadangan daripada syarikat berminat tetapi belum membuat keputusan siapa operatornya. Namun keutamaan kita adalah syarikat tempatan.

“Kalau dia (operator pelabuhan) hendak usaha sama dengan syarikat asing perlu memastikan syarikat asing hanya memiliki (saham) 49 peratus dan selebihnya 51 peratus syarikat tempatan. Itu polisi kita (di semua pelabuhan dalam negara),” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian perjalanan dan persinggahan sulung kapal kontena, M.V. MTT Bintangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, pembangunan pelabuhan ketiga tersebut juga akan dibangunkan pihak swasta seperti pelabuhan lain di negara ini selaras dasar penswastaan.

Namun, kata Anthony Loke, perincian terhadap pembangunan pelabuhan ketiga masih dibuat dengan tiada had masa ditetapkan kerajaan.

“Lembaga Pelabuhan Klang telah buat kajian selama dua tahun sejak 2019 sebelum ini dan merumuskan Pulau Carey sesuai untuk dijadikan pelabuhan dari segi kedalaman laut, geografi, tanah dan sebagainya.

“Sekarang ini, kita sedang melihat model pelaksanaan kerana syarikat itu nanti bukan sahaja membangunkan pelabuhan tetapi infrastruktur termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air. Semua belum ada dan perlu diambil kira terlebih dahulu,” jelasnya.

Kosmo! pada 1 Februari tahun lalu melaporkan Pulau Carey dijangka menjadi pelabuhan antarabangsa ketiga di Selangor selepas Pelabuhan Utara dan Barat.

Pembangunan pelabuhan Pulau Carey itu dijangka mengambil masa panjang dalam tempoh 20 hingga 30 tahun. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI