fbpx

Faisal Halim senyum lebar, Tun M datang ziarah di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun M ketika bertemu dengan Faisal di rumah pemain Selangor FC itu hari ini. - Foto INSTAGRAM FAISAL HALIM

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim di rumah pemain bola sepak itu hari ini.

Momen indah itu dikongsikan Faisal menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

Faisal kelihatan teruja ketika menerima kunjungan daripada Tun M di rumahnya hari ini. Foto INSTAGRAM FAISAL HALIM

Faisal, 26, menyifatkan kedatangan tokoh hebat itu memberi semangat tambahan kepadanya untuk segera pulih dan kembali beraksi dalam sukan bola sepak.

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

“Insya-Allah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” katanya.

Terdahulu, arena sukan bola sepak dikejutkan dengan insiden simbah asid yang terjadi kepada Faisal pada Mei lalu sehingga mengalami kelecuran tahap empat.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pemain sayap skuad Harimau Malaya itu telah menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei lalu.

Doktor menjangkakan proses pemulihannya akan memakan masa selama enam bulan sebelum dibenarkan kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Bagaimanapun, pada 13 Jun lalu, Faisal membuat kemunculan kali pertama berdepan dengan orang ramai sejak insiden malang itu dalam satu sidang media di Selangor FC Training Centre. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI