fbpx

Hujan di Langkawi, Melaka, Johor hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal melanda tiga negeri melibatkan beberapa daerah pada sebelah pagi hari ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, cuaca buruk itu dilihat tertumpu sekitar Langkawi, Kedah dan seluruh negeri Melaka.

Selain itu, turut melibatkan sebahagian daerah di Johor, antaranya Tangkak, Muar, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sehubungan itu, MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut boleh berlanjutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI