fbpx

IWK anjur teater amal ‘Najis Jadi Teman’ sempena ulang tahun ke-30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Narendran (dua kanan), Ahmad Johnie (tiga kanan) Tunku Zain Al-'Abidin (tengah) dan Dr. Hartini (empat kiri) bergambar bersama pelakon dan bakat cilik YCK selepas persembahan teater komuniti amal IWK 'Najis Jadi Teman' di Dewan Merbau, IWK Eco Park @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. meraikan ulang tahunnya yang ke-30 dengan persembahan teater komuniti amal di Dewan Merbau, IWK Eco Park @ Pantai Dalam, di sini esok.

Bertajuk ‘Najis Jadi Teman’, teater itu yang menggabungkan tarian dan muzik meneroka peranan mencabar dan kritikal pekerja loji kumbahan yang sering digambarkan sebagai kotor, sukar dan berbahaya.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, ia sentiasa menjadi keutamaan pihaknya untuk mendidik orang awam tentang pentingnya pengurusan kumbahan yang cekap.

Menurut Narendran, pertunjukan ini bukan sahaja meraikan tiga dekad perkhidmatan dan dedikasi IWK, malah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta membuktikan sokongan IWK terhadap komuniti setempat.

“Kebanyakan kerja-kerja kami di IWK beroperasi di belakang tabir, dan sering tidak disedari. Namun ia amat penting dalam pemeliharaan kesihatan awam dan alam sekitar.

“Dalam meraikan ulang tahun ke-30, kami teruja untuk menunjukkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat secara amnya melalui kolaborasi bermakna dan kreatif seperti teater amal ini,” katanya pada malam pembukaan teater, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi IWK, Ahmad Johnie Zawawi, Pengasas YCK, Datuk Dr. Hartini Zainudin dan Pemegang Amanah YCK, Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tunku Muhriz.

Untuk rekod, ‘Najis Jadi Teman’ diarahkan pengiat teater terkenal, Razif Hashim yang menampilkan penyanyi Atilia Haron, pelakon Phraveen Arikiah, dan Alfred Loh sebagai watak utama.

Persembahan itu turut disertai bakat-bakat cilik dari YCK iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdedikasi memberi sokongan kepada kanak-kanak dan remaja yang berisiko di Kuala Lumpur.

Selain mendapat pengalaman yang menghiburkan menerusi lagu-lagu menarik dan aktiviti interaktif, penonton juga berpeluang menyumbang dimana semua hasil jualan tiket akan disalurkan kepada YCK.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket teater yang dijual pada harga RM100 melalui platform Cloud Joi sehingga esok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI