fbpx

Anggota ATM hilang ketika Op Ukur di sempadan Malaysia-Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angkatan Tentera Malaysia

PETALING JAYA – Seorang anggota daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, Sarawak hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur.

Kehilangan anggota, Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd. Halim dikesan pada Selasa lalu kira-kira pukul 12 tengah hari ketika bertugas bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) di Limbang, Sarawak.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia berkata, mangsa dilaporkan hilang ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan.

Jelasnya, kejadian berlaku pada kedudukan di jarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600.

“Usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota Jupem, namun gagal menemui mangsa.

“Usaha pencarian juga telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu lalu di kawasan tersebut
dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi awam lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut mengaturgerakan aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM.

Op Ukur merupakan operasi yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan, yang melibatkan penempatan anggota TDM sebagai pengiring keselamatan kepada pasukan Jupem.

Pasukan tersebut sedang melaksanakan penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600), Limbang bermula 11 Jun hingga 2 September depan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI