fbpx

Lelaki mualaf bawa babi untuk korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan babi yang dibawa ke masjid untuk disembelih pada perayaan Aidiladha. - TikTok @hinata.shoyo1441

JAKARTA  –  Perbuatan seorang mualaf di wilayah Papua yang memberikan seekor babi untuk dijadikan haiwan korban semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Okezone semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @hinata.shoyo1441, lelaki berkenaan dilihat membawa seekor babi gemuk ke sebuah masjid untuk disembelih.

Difahamkan, lelaki itu baru sahaja memeluk agama Islam, menyebabkan dia memiliki pengetahuan amat sedikit tentang ibadah korban. 

Perbuatan lelaki itu menjadi tular di media sosial dan mendapat pujian netizen kerana niatnya yang ikhlas dan baik.

“Tidak mengapa, namanya masih belajar,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Lelaki ini memang terbaik, baru saja memeluk Islam tetapi sudah ada niat untuk melakukan ibadah korban,” kata netizen lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI