fbpx

Messi cipta sejarah baharu Copa America

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) menjadi pemain paling banyak membuat penampilan dalam sejarah Copa America ketika menang 2-0 ke atas Kanada pagi tadi. - AFP

ATLANTA – Argentina memulakan kempen untuk mempertahankan gelaran Copa America dimenangi tiga tahun lalu dengan langkah kanan pada edisi kali ini menerusi kemenangan 2-0 ke atas Kanada pagi tadi.

Bagaimanapun, La Albiceleste tidak diberikan laluan mudah oleh Kanada sebelum meraih kemenangan di Stadium Mercedes-Benz itu menerusi dua jaringan daripada Julian Alvarez dan Lautaro Martinez pada minit ke-49 serta 88.

Menariknya, aksi itu juga menyaksikan bintang Argentina, Lionel Messi mencipta sejarah sebagai pemain paling banyak membuat penampilan di pentas Copa America selepas bermain 35 perlawanan sepanjang kariernya dalam kejohanan tersebut.

Messi, 36, mengatasi pemegang rekod sebelum ini iaitu penjaga gol Chile, Sergio Livingstone yang telah bermain 34 perlawanan Copa America.

Secara keseluruhan, bekas penyerang prolifik Barcelona dan Paris Saint-Germain yang kini beraksi bersama Inter Miami itu telah bermain tujuh edisi Copa America sejak membuat kemunculan kali pertama pada 2007.

Pemenang lapan Ballon d’Or itu juga berpeluang mencipta satu lagi sejarah baharu sebagai penjaring terbanyak Copa America yang dipegang legenda Argentina, Norberto Mendez dan Zizinho dari Brazil dengan 17 gol.

Buat masa ini, Messi cuma ketinggalan lima gol lagi untuk memadam rekod tersebut, tetapi situasi itu dilihat tidak mustahil memandangkan dia pernah meledak empat jaringan ketika membantu Argentina menjuarai Copa America 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI