fbpx

Saya dapat anak dalam keadaan tak bernyawa – Ibu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhidayatul Akmar menunjukkan gambar anaknya, Iman Adelia sewaktu ditemui media di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – “Kenapa buat anak aku macam tu”.

Hanya itu yang mampu diluahkan Siti Nurhidayatul Akmar Mohd. Zamry, 28, ibu kepada Iman Adelia Yusullah, 5, yang mati didera ibu angkatnya minggu lalu.

Luahan tersebut diucapkannya sewaktu tertuduh, Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 27, dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding pendakwaan dilaksanakan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pada 10 Jun lalu, tertuduh bersama suami berusia 66 tahun ditangkap di kediaman mereka di Taman Malcop, Silibin di sini berikutan kematian anak angkat yang ditemukan dengan kesan lebam di badan.

Wan Fatimah Zahra didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. – Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Selain lebam di seluruh badan disyaki dipukul objek tumpul, pemeriksaan juga mendapati terdapat luka koyak dan lebam pada peranakan luar dan dubur mangsa.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul.

Pada masa sama, Siti Nurhidayatul Akmar berkata, dia dan Wan Fatimah Zahra yang sebelum ini merupakan kawan baik sejak di bangku persekolahan menyesal menyerahkan mangsa kepada tertuduh.

“Saya menyesal bagi anak untuk dibelanya. Dua atau tiga hari sebelum meninggal, memang dia ada kata nak hantar balik kepada saya, tetapi akhirnya dapat anak dalam keadaan sudah tak bernyawa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI