PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Medan Selera Petaling Jaya di sini hari ini.
Beliau tiba di pekarangan premis tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah hari sebelum menikmati makanan di gerai Zainul Nasi Kandar Original.
Ketibaan beliau disambut para peniaga, pekerja dan pelanggan di medan selera tersebut.
Perdana Menteri seterusnya dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz di sini. – KOSMO! ONLINE