fbpx

MPH perkenal aplikasi pelajaran online LearninPal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Syarikat MPH Bookstores Sdn. Bhd. (MPH) memperkenalkan satu aplikasi gerbang digital pembelajaran baharu iaitu LearninPal yang menarik dan komprehensif bagi memudahkan proses pembelajaran secara online dilakukan.

MPH dalam satu kenyataan berkata, menerusi LearninPal pengguna boleh mendapat akses kepada kandungan pembelajaran secara digital daripada penerbit akedemik terkemuka seperti Ilmu Bakti, Pelangi, Fargoes, dan Bestari Karangkraf sepanjang Disember ini.

“Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, buku serta bahan bacaan cukup sinonim dengan MPH jadi MPH harus menyesuaikan diri dengan situasi sekarang (Covid-19) dan mencari cara untuk mengemudi suasana baharu ini ke arah memenuhi kehendak rakyat Malaysia.

“Dengan perubahan pesat di seluruh dunia ke arah pembelajaran tanpa sempadan, kami menyedari keperluan sesuatu platform ‘semua dalam satu’ untuk memperolehi pengetahuan, selaras dengan visi MPH,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas kenyataan itu, menerusi aplikasi LearninPal pengguna boleh mendapatkan buku rujukan merangkumi pelbagai topik dengan menggunakan ciri ‘palReads’ serta terokai ciri ‘palRevise’ untuk kuiz dalam talian selain menonton video pendidikan di bawah ciri ‘palReplay’.

“LearninPal direalisasikan untuk memperkasakan anda dengan pengalaman pembelajaran yang lebih luas dan kami berharap dapat berkembang seiring dengan keperluan pendidikan dalam memainkan peranan penting demi kemajuan dan pembangunan modal insan.

“Aplikasi e-pembelajaran ini boleh dimuat turun menerusi ‘Apple App Store’ juga ‘Google Play Store’ atau log masuk ke laman web LearninPal di www.learninpal.com untuk satu pengalaman pendidikan secara online yang menyeronokkan,” katanya.

Tambah MPH, bersempena dengan pelancaran aplikasi tersebut satu e-karnival turut dianjurkan bermula 19 Disember sehingga hari ini (12 Disember).

“Kemuncak e-Karnival LearninPal adalah siri ‘SPM Star Classes’, iaitu kelas kendalian pendidik bertauliah seperti Gurdev Singh (Sains), Muhammad Danial Ziqri (Matematik), dan Siva Ramana (Ekonomi) untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Februari tahun hadapan.

“Aktiviti lain sempena e-Karnival ini termasuk sesi bercerita bertemakan Hari Krismas, sesi kraf ‘DIY’ untuk kanak-kanak dan webinar topik keibubapaan.Tempah tempat anda lebih awal melalui ciri myMentor di aplikasi LearninPal dan nikmati diskaun serta kelas percuma,” jelasnya.

Dalam pada itu, MPH turut memaklumkan bahawa 500 pengguna baharu terawal di Lembah Klang yang mendaftar di laman web www.learninPal.com akan menerima kamus percuma dan pemberian tersebut terbuka kepada semua pengguna sehingga 31 Disember depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI