LAHAD DATU – Sebuah bas ekspres terbabas dan kemudiannya terjunam ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.24 malam tadi.
Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu.
Bagaimanapun, setakat ini operasi menyelamat masih dijalankan dan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan.-KOSMO! ONLINE