fbpx

Kesan Covid-19, Alif Satar cepat penat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif Satar

PUTRAJAYA – Selepas disahkan sembuh daripada jangkitan Covid-19, artis versatil, Alif Satar mengakui dirinya kini cepat berasa berbanding berbanding sebelumnya.

Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 30 berkata, keadaan dirinya sekarang sedikit berbeza berbanding sebelumnya apabila mudah mengah dan kurang bertenaga jika bergerak aktif.

Bagaimanapun, Alif memberitahu kesan tersebut hanyalah sementara dan akan beransur sembuh.

“Sebelum ini saya tak selalu rasa penat tetapi sekarang memang badan cepat letih.

“Tapi jangan risau sebab doktor pun cakap kesan ini tidak kekal. Keadaan ini mungkin kerana selepas terlalu lama dikuarantin, tak buat apa-apa aktiviti sehingga buatkan badan rasa lemah sikit,” katanya dalam sidang akhbar Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) sebentar tadi.

Pengacara Big Stage itu memberitahu, bagaimanapun keletihan yang dialami tidak serius dan merupakan kesan sampungan daripada koronavirus.

“Kesannya tidak teruk dan sedikit sahaja seperti sekarang. Apa-apa pun saya berasa normal,” katanya.

Dalam pada itu, Alif memberitahu dia akan memuat naik video pendek sepanjang pengalamannya bergelar pesakit Covid-19 dalam saluran YouTubenya.

“Saya akan berkongsi pengalaman sepanjang menjalani tempoh kuarantin di Hospital Melaka.

“Saya berharap perkongsian tersebut akan membantu lagi untuk mendidik orang ramai tentang bahaya Covid-19 dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alif yang popular menerusi drama Pia diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Hos MeleTOP AME2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Alif berterima kasih kepada para peminat yang tidak henti-henti mengundi sehingga diumumkan sebagai pemilik trofi bagi kategori berkenaan.

“Anugerah ini boleh dikatakan sebagai hadiah selepas dilanda musibah. Alhamdulillah dan terima kasih,” ujarnya.

Alif dalam satu kenyataannya dalam Instagram pada 22 November lalu memaklumkan bahawa dirinya positif Covid-19.

Selepas 12 hari mendapat rawatan di salah sebuah pusat perubatan di Melaka, Alif dilaporkan discaj daripada menjalani rawatan dan kuarantin pada 2 Disember lalu selepas disahkan bebas daripada dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI