fbpx

‘Back up’ isu ustaz direhatkan, Nabil Ahmad mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Potongan klip video tersebut telah tular dan mengakibatkan Nabil berdepan kecaman disebabkan komen lantang itu.

PETALING JAYA – Selepas terlanjur mengulas isu ustaz direhatkan,
pengacara, Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf atas kekhilafannya.

Ujar Nabila atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, dia meminta maaf andai kata-katanya menyinggung mana-mana pihak mahupun individu lain.

“Assalamualaikum semua, saya Nabil Ahmad, di bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai ada ayat saya yang mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu,” tulisnya menerusi Instagram.

Menyedari kesilapan, pelawak yang juga pelakon dan pengarah filem itu menegaskan akan lebih menjaga perkataan dalam mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini.

“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” ujarnya

Nabil mencuri perhatian apabila menzahirkan pandangan tidak bersetuju dengan isu pendakwah terkenal direhatkan daripada sebuah program, baru-baru ini.

Pada perbincangan yang turut membabitkan beberapa tetamu jemputan lain dalam rancangan Meletop kendaliannya, dia menyebut ustaz masa kini diuji kerana ramai sudah direhatkan.

“Kita melalui zaman di mana uztaz-ustaz kita diuji. Orang-orang baik sedang diuji. Contohnya sekarang ramai ustaz direhatkan.

“Ini bila orang yang terlebih bijak dan pandai buat penghasutan padahal benda tu ada kebenarannya, kalau tak benar pun boleh diperbincangkan dengan baik,” katanya.

Susulan itu, potongan klip video tersebut telah tular dan mengakibatkan Nabil berdepan kecaman disebabkan komen lantang itu.

Seorang pemilik akaun X mengingatkan agama akan rosai andai berkiblatkan selebriti dalam berhujah, bukan al-Quran atau hadis.

Terdahulu, Ustaz Don Daniyal digugurkan terus daripada mengendalikan program Salam Baitullah selepas kali kedua didakwa mengulas hal berkaitan guru dengan bersandarkan hadis lemah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI