fbpx

Lelaki serah diri selepas bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU GAJAH – Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah hotel di sini hari ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu hadir menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada pukul 2 petang.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu mengalami masalah rumah tangga dan kini dalam proses penceraian.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI