fbpx

Penumpang panik gerabak LRT jadi panas lalu sebelah bangunan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan sebuah gerabak LRT melalui kawasan yang berlaku kebakaran.

PETALING JAYA – Penumpang transit aliran ringan (LRT) cemas apabila gerabak yang mereka naik tiba-tiba terasa bahang apabila melalui satu kawasan yang sedang marak terbakar.

Melalui perkongsian di aplikasi X, kejadian itu dikatakan berlaku semasa LRT laluan Sri Petaling itu melalui sebuah bangunan terbakar berhampiran Stesen Pudu.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa orang penumpang cemas apabila melihat api yang marak berhampiran landasan LRT berkenaan.

Menurut seorang pelayar TikTok, dia merupakan salah seorang penumpang yang berada di dalam gerabak tersebut terkejut apabila melihat api yang sangat marak itu.

“Saya salah seorang penumpang, tiba-tiba rasa ada sesuatu besar depan mata. Angkat saja muka terus berderau darah terasa bahang api dalam gerabak,” kata Zreen.

Sementara itu, seorang lagi pengguna berkata, suasana ketika itu tidak dapat dibayangkan dan membuat keadaan menjadi cemas.

“Saya berada di dalam gerabak itu semasa melalui kawasan kebakaran. Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan selain keadaan jadi sangat bahang di dalam gerabak,” kata Vijay.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan sebanyak tujuh buah rumah setinggan hangus dalam satu kebakaran di Jalan Pudu malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI