fbpx

Joan Mir terus dapat kepercayaan Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR akan terus mewarnai saingan MotoGP selepas dikatakan telah bersetuju dengan kontrak lanjutan bersama Honda. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Joan Mir dijangka terus bersama Honda sehingga musim 2026 selepas dikatakan bersetuju untuk kekal membantu pasukan Jepun tersebut terutama bagi membangunkan jentera lebih berdaya saing.

Jika benar, juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020 itu akan kekal berada dalam perlumbaan kelas perdana dalam tempoh lapan musim.

Mir membuat penampilan pertama di kelas perdana bersama Suzuki pada 2019 dan memenangi juara dunia pada musim keduanya.

Bagaimanapun, impiannya untuk mencipta sejarah sekali lagi bersama Suzuki tidak kesampaian apabila pasukan itu membuat keputusan mengundurkan diri dalam perlumbaan MotoGP sekali gus mendorong Mir berhijrah menyertai Honda pada 2023.

Semenjak menyertai pasukan berpangkalan di Tokyo itu, Mir masih belum berjaya menaiki podium atau menempah petak utama biarpun telah membuat penampilan sebanyak 22 perlumbaan Grand Prix.

Penamat kelima yang dicapai sewaktu Grand Prix India pada September lalu kekal sebagai keputusan terbaiknya di Honda.

Walaupun tiada seorang pelumba Honda dapat mencapai keputusan terbaik bersama jentera RC213V, namun Honda menghargai kemajuan dicapai pelumba berusia 26 tahun itu.

Mir juga ketika ini menjadi pelumba Honda yang berada di kedudukan tertinggi dalam carta kejuaraan MotoGP dengan mengumpul 13 mata untuk menduduki tangga ke-18 keseluruhan.

Pelumba LCR Honda, Johann Zarco berada di tangga ke-19 dengan mengumpul sembilan mata, manakala Takaaki Nakagami (ke-20) menerusi lima mata.

Rakan sepasukan Mir iaitu Luca Marini menduduki tempat ke-23 dan masih gagal meraih sebarang mata ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI