fbpx

‘Scammer’ jaja nama ketua polis peras ugut mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menggunakan nama Jaturon untuk mengugut mangsa. – KhaoSod

BANGKOK – Ketua Polis wilayah Nonthaburi, Jaturon Anurakbandit memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim penipuan online yang menggunakan namanya untuk memeras ugut mangsa, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Menurut Jaturon, seorang mangsa dikenali sebagai Ladda membuat laporan polis mengenai penipuan tersebut.

Katanya, dia membuat permohonan pinjaman secara online daripada suspek yang memintanya memindahkan wang sebanyak 50,000 baht (RM6,417) sebelum diberikan dana bantuan.

Namun, selepas mendapati tiada wang pinjaman yang dijanjikan, mangsa menghubungi suspek yang kemudian meminta dia membayar 25,000 baht (RM3,208) lagi untuk membetulkan keadaan itu.

“Syarikat itu mengugut untuk menyaman saya sebanyak 9 juta baht (RM1.1 juta) jika saya tidak membuat pembayaran. Saya tidak mempunyai duit sebanyak itu,” kata Ladda.

Penipu itu kemudian menghantar laporan polis palsu yang memetik nama Jaturon sebagai pegawai penyiasat dari Balai Polis Phetchabun, membuatkan mangsa berasa takut.

Namun, selepas menyelidik perkara itu, mangsa mendapat tahu bahawa jawatan dan pangkat Jaturon adalah salah.

Susulan laporan itu, Jaturon mengesahkan bahawa dia telah memfailkan aduan terhadap suspek dan berhasrat untuk meneruskan siasatan kes tersebut.

Siasatan awal oleh Polis Nonthaburi mendedahkan bahawa dokumen yang dihantar oleh penipu itu adalah palsu. Tandatangan pada aduan palsu tersebut tidak sepadan dengan tandatangan sebenar Jaturon.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti dan menangkap individu yang bertanggungjawab menghantar dokumen penipuan tersebut bagi membawa mereka ke muka pengadilan, lapor akhbar KhaoSod. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI