fbpx

PRK Sungai Bakap: Peluang Dr. Joo menang cerah – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (dua dari kiri) beramah mesra dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, hari ini.

SEBERANG PERAI – Peluang Kerajaan Perpaduan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai depan dilihat cerah.

Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek berkata, beliau melihat ‘mood’ (suasana) yang sangat baik dalam kalangan masyarakat di Sungai Bakap yang inginkan perubahan.

Menurutnya, calon yang diketengahkan Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin atau dikenali sebagai Dr. Joo ialah seorang pendidik yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman luas dari segi kepimpinan.

“Beliau adalah anak jati Sungai Bakap yang sudah tentunya memahami denyut nadi masyarakat setempat.

“Masyarakat memerlukan pemimpin yang berkualiti, yang dapat memimpin Sungai Bakap ke arah yang lebih baik secara holistik termasuk dari aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, agama, perpaduan dan pendidikan.

“Justeru, saya menyeru pengundi setempat untuk memberi sokongan penuh kepada beliau bagi memastikan agenda pembangunan dapat berlangsung dengan baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI