fbpx

Basikal setinggi rumah 2 tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicolas dan David memperkenalkan basikal itu ketika acara Clermont-Ferrand baru-baru ini. - Guinness World Records

PARIS – Dua lelaki Perancis memecahkan Guinness World Records selepas mencipta basikal tertinggi dunia yang boleh ditunggang, setinggi 7.77 meter, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Nicolas Barrioz dan David Peyrou membina basikal itu menggunakan aloi logam, keluli dan kayu.

Mereka mengambil masa beratus-ratus jam selama dua tahun untuk menyiapkan kenderaan itu. Walaupun tinggi basikal itu masih boleh ditunggang untuk jarak yang singkat.

Ia mempunyai pelana, dua roda bersaiz standard dan bar hendal yang lengkap dengan dua tuas brek. Jarak antara roda dan pelana adalah kira-kira 7 meter.

David dan Nicolas memperkenalkan basikal luar biasa itu dalam festival basikal tahunan, Clermont-Ferrand, baru-baru ini.

Seorang daripada mereka perlu menunggang basikal itu tanpa bantuan pada jarak 100 meter, yang terbukti agak rumit.

David menunggang basikal itu sambil memakai abah-abah untuk tujuan keselamatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI