fbpx

Tentera sekat 71 PATI masuk Malaysia untuk bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan PATI warganegara Indonesia ditahan ketika cuba memasuki negeri ini melalui lorong tikus di Sektor Pos GABMA Biawak, semalam.

KUCHING – Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) menyekat kemasukan seramai 71 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ke negeri ini pada tahun ini menerusi 12 kali pengusiran.

Dalam operasi terbaharu pada puukl 2.10 petang semalam, pasukan keselamatan itu menahan seramai sembilan PATI terdiri daripada tiga wanita dan enam lelaki berusia 20 hingga 49 tahun.

Markas 1 Divisyen berkata, tangkapan itu dilakukan anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat yang sedang melaksanakan rondaan di Sektor Pos GABMA Biawak berdekatan lorong tikus kira-kira 120 meter dari sempadan Indonesia.

“Semasa melaksanakan rondaan, anggota ronda tentera terserempak dengan sembilan PATI sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia.

“Anggota ronda tentera kemudian menahan dan hasil soal siasat mendapati kesemua mereka dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia,” katanya.

Tambah kenyataan itu, kesemua PATI itu dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran dan laporan kemudian dibuat di Balai Polis Lundu di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI