fbpx

Keputusan masuk IPTA, ILKA dan Kolej Komuniti 28 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan permohonan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 28 Jun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, keputusan kemasukan di peringkat sijil, asasi dan diploma itu boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari, 28 Jun hingga pukul 5 petang pada 7 Julai melalui platform dalam talian disediakan.

Katanya, semakan itu boleh dilakukan di pautan https://jpt.utm.my, https://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, https://jpt.ums.edu.my, https://jpt.umt.edu.my dan aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

“Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPT memberitahu, pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di pautan https://upu.mohe.gov.my bagi kemasukan ke UA dan politeknik.

Jelasnya, rayuan dalam tempoh 10 hari mulai pukul 12 tengah hari, 28 Jun hingga pukul 5 petang, 7 Julai manakala KK dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” ujarnya.

Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus di talian 03-8684 2363 dan e-mel kepada [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI