fbpx

Keracunan bihun telur mata: Polis tunggu laporan bedah siasat lengkapkan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GOMBAK – Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi melengkapkan siasatan berhubung dua kes kematian akibat keracunan makanan selepas menjamah bihun dan telur dari sebuah program di sekolah agama, daerah ini, 8 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan 22 individu setakat hari ini.

“Sehingga hari ini (20 Jun) seramai 22 orang telah dirakam percakapan, tambahan tujuh lagi orang terdiri daripada mangsa iaitu pengetua dan guru-guru dari sekolah agama tersebut.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selepas laporan bedah siasat diperoleh dalam tempoh satu bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

10 Jun lalu, polis mengesahkan menerima laporan kematian bayi 19 bulan dan lelaki berusia 17 tahun selepas mengalami cirit-birit akibat makan bihun dan telur yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah di daerah berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menolak kemungkinan keracunan yang mengakibatkan dua termasuk kanak-kanak perempuan maut adalah disebabkan telur mata.

Jabatan tersebut turut mengeluarkan arahan agar menghentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki mempunyai kaitan dengan dua kes kematian dan 33 orang guru yang mengalami sakit perut.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, seramai 105 mangsa telah menerima rawatan selepas mengalami gejala keracunan setakat 15 Jun.

Pihaknya mengesan bakteria Salmonella dalam sampel najis yang diambil berkaitan kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI