PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk di utara dan selatan Semenanjung pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda Perlis, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim) serta Johor (Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Selain itu, di Sarawak melibatkan Bintulu (Sebauh), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang) seentara di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Sementara itu, bagi sebelah petang, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur.
“Ribut petir turut diramal berlaku di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” ujarnya.
Bagi Sabah pula, ribut petir diramalkan berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Kudat dan Sandakan, diikuti Kapit, Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.
Dalam pada itu, bagi cuaca malam, amaran ribut petir dikeluarkan di Pahang dan kawasan pedalaman Kelantan dan Terengganu.
“Ia turut melibatkan Sandakan, Pedalaman, Tawau, Labuan, dan Pantai Barat di Sabah dan Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang di Sarawak. – KOSMO! ONLINE