fbpx

Euro 2024: Scotland, Switzerland sama hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah Scotland, Scott McTominay meraikan jaringan gol yang dilakukan sebentar tadi.

COLOGNE – Pasukan Switzerland terpaksa berputih mata apabila gagal mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik lebih awal selepas seri 1-1 ketika bertemu Scotland pada aksi kedua Kumpulan A sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Switzerland yang dikendalikan oleh Murat Yakin membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain ternama seperti Xerdan Shaqiri, Granit Xhaqa dan Yann Sommer diturunkan.

Namun, pasukan Scotland terlebih dahulu mempamerkan kejutan apabila mendahului seawal minit ke-13 hasil jaringan Scott McTominay selepas menerima hantaran Callum McGregor.

Tersentak dengan gol tersebut, Switzerland memperkemaskan jentera serangan dan berusaha untuk mengasak kubu The Tartan Army.

Skuad The Nati tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil daripada penyudah Shaqiri yang memanfaatkan kesilapan benteng pasukan lawan.

Jaringan tersebut menaikkan semangat Switzerland untuk mengasak tetapi gagal menambah jaringan pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan tetapi peluang terbaik berjaya dicipta Scotland pada minit ke-65 menerusi situasi set piece.

Namun, tandukan pertahanan, Grant Hanley selepas menerima hantaran Andy Robertson sedikit tersasar.

Switzerland turut meraih peluang set piece pada penghujung saingan tetapi gagal memanfaatkan peluang keemasan dengan tandukan Zaki Amdouni tidak menepati sasaran.

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk layak ke pusingan kalah mati pada kempen Euro 2024 kali ini.

Switzerland dijadualkan bertemu Jerman pada aksi terakhir manakala Scotland akan menentang Hungary minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI