fbpx

Euro 2024: Albania ranap harapan Croatia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN tengah Albania, Qazim Laci meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan ketika berdepan Croatia di Volksparkstadion. AFP

HAMBURG, JERMAN – Pasukan Croatia terus tertekan dalam kempen mereka di Euro 2024 apabila dihukum dengan keputusan seri 2-2 ketika berdepan Albania di Volksparkstadion, sebentar tadi.

Pada perlawanan aksi Kumpulan B tersebut, Croatia beraksi dalam keadaan hambar apabila Albania terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi jaringan cantik Qazim Laci.

Gol awal itu memberi kelebihan kepada Albania untuk menyusun perlawanan dengan baik pada separuh masa pertama dan hampir membuka gol kedua mereka.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Croatia yang turun dengan misi wajib menang ke atas Albania ekoran kekalahan 0-3 mereka terhadap Sepanyol pada aksi pembukaan lalu itu terus mengatur strategi lebih agresif terutama di bahagian jentera serangan mereka.

Skuad kendalian Zlatko Dalic itu berjaya mencari gol penyamaan menerusi jaringan cantik Andrej Kramaric pada minit ke-73 dan selang tiga minit kemudian Croatia menambah gol kedua mereka menerusi jaringan sendiri Klaus Gjasula.

Bagaimanapun, kedudukan 1-2 itu tidak bertahan lama apabila Albania terus menghukum Croatia menerusi jaringan Gjasula pada penghujung perlawanan sekali gus memastikan Albania bangkit mencatat keputusan seri 2-2.

Keputusan tersebut meletakkan Croatia dalam radar bahaya untuk tersingkir daripada Euro 2024 selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan B selepas dua perlawanan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI