MASIH belum reda rupa-rupanya kisah penyertaan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert Hitman Returns: David Foster di Jakarta, Indonesia 15 Jun lalu.
Pemilihan Siti adalah bagi menggantikan posisi penghibur antarabangsa, Jessie J yang menarik diri pada saat-saat akhir.
Namun, kemunculan penyanyi nombor satu negara itu mengundang rasa kurang senang pertubuhan anti-Israel iaitu Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia).
BDS Malaysia menyifatkan keputusan Siti beraksi pada persembahan mega tersebut mengecewakan kerana Foster dikatakan penyokong tegar Israel.
Segelintir penyokong penyanyi terbabit pula mempertahankan penglibatannya dengan memberikan beberapa hujah.
Pengurusan Siti dalam satu kenyataan kepada sebuah media memilih tidak memberi maklum balas bagi mengelakkan perdebatan semakin hangat.
Apapun peminat dan pihak yang memberikan kritikan jangan lagi bertekak, kita tunggu sahaja jawapan Siti apabila dia sudah bersedia nanti.
MIZZ LAHAR: Dua penyanyi hebat rupa-rupanya masih bermasam muka sejak menyertai sebuah acara sampai sekarang.