fbpx

Wanita lahir bayi perempuan pertama selepas 9 anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosario bersama anak perempuannya yang baru dilahirkan selepas mempunyai sembilan anak lelaki. - Instagram

WASHINGTON – Impian seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) untuk melahirkan bayi perempuan akhirnya tercapai selepas dia mempunyai sembilan anak lelaki, lapor laman berita NDTV kelmarin. 

Yalancia Rosario, 31, sering mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga yang besar dan ramai. Dia melahirkan anak sulung lelaki ketika berusia 18 tahun.

Namun wanita itu dan pasangannya dikurniakan sembilan anak lelaki sebelum mereka akhirnya mendapat anak perempuan baru-baru ini.

Rosario enggan berhenti di situ, malah dia memutuskan untuk hamil buat kali ke-11 agar anak perempuannya mempunyai seorang adik.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan jangkaan jantina bayi yang dikandung ketika ini. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI