fbpx

Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahad, Riyadh dirakam pada 31 Mei lalu. - AFP

RIYADH – Arab Saudi membekukan penerbangan antarabangsa dan menggantung kemasukan melalui jalan darat serta laut selama sekurang-kurangnya seminggu selepas varian baharu koronavirus yang pantas merebak muncul di Britain.

“Arab Saudi kini menyekat semua penerbangan antarabangsa kecuali dalam kes tertentu untuk tempoh seminggu dan boleh dilanjutkan seminggu lagi.

“Kemasukan ke negara ini melalui pelabuhan dan pintu sempadan darat juga akan digantung selama seminggu, dilanjutkan juga seminggu lagi sekiranya terdapat keperluan,” lapor agensi berita Saudi Press (SPA).

Menurut SPA, keputusan itu tidak termasuk pesawat antarabangsa yang kini berada di Arab Saudi. Persawat terbabit dibenarkan meninggalkan negara itu.

Perkembangan itu berlaku selepas sebilangan negara Eropah menyekat kemasukan dari Britain kelmarin selepas London memberi amaran bahawa varian baharu kornavirus merebak tanpa dapat dikawal di negara itu.

SPA menyatakan, penumpang dari Eropah yang tiba di Arab Saudi bermula 8 Disember lalu perlu menjalani proses kuarantin selama dua minggu dan ujian saringan Covid-19.

Prosedur sama juga mandatori bagi penumpang yang tiba dari mana-mana negara yang mana virus ‘superspreader’ itu dikesan.

Selain Arab Saudi, jirannya, Kuwait turut mengambil langkah serupa kelmarin.

Seluruh Eropah kini berwaspada selepas koronavirus superspreader itu merebak dengan pantas di beberapa kawasan di Britain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI