fbpx

Sara anak OKU dengan gaji RM50 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Shaheera bersama anak OKU ketika ditemui di Kampung Seri Paduka, Binjai, Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Seorang ibu tunggal di Kampung Seri Paduka, Binjai, di sini, cekal menjaga anaknya yang juga golongan orang kelainan upaya (OKU) seorang diri sejak setahun lalu.

Nik Shaheera Nik Mat, 35, berkata, selepas berpisah de­ngan suami, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya menjaga Nur Qamra Balqis Mohd. Khairul Al Hafiz, 9, yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik.

Bagi menyara kehidupan, wanita tersebut bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM50 sehari.

“Selain Nur Qamra, saya juga perlu menampung perbelanjaan anak sulung, Nur Qaisara Batrisya, 10, yang masih bersekolah.

“Bagaimanapun, pendapatan saya tidak menentu disebabkan kerap meminta cuti berikutan keadaan Nur Qamra Balqis yang sukar ditinggalkan.

“Saya tiada pilihan lain dan perlu bekerja. Nasib baik majikan memahami situasi saya yang menjaga anak istimewa,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap bulan lebih RM1,000 dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan Nur Qamra Balqis selain kos tambang kereta setiap kali berulang-alik ke hospital.

Katanya, dia bersyukur kerana mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seba­nyak RM500 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung.

Tambahnya, Nur Qamra Balqis dilahirkan pramatang ketika usia kandungan tujuh bulan.

“Disebabkan itu, anak saya perlu dirawat selama empat bulan di Hospital Universiti Sains, Kubang Kerian dan dalam tempoh itu, Nur Qamra Balqis ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal dan juga Unit Rawatan Rapi.

“Ketika berusia tiga bulan, doktor memaklumkan ada jangkitan kulat dalam injap jantung anak saya dan disebabkan itu, Nur Qamra Balqis membesar tidak seperti kanak-kanak normal lain serta tidak boleh bercakap,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB bernombor 0301-0117352-52-6 atas nama Nik Shaheera Nik Mat atau meng­hubunginya di talian 019‑600 9648.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI